CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

22 November 2011

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)



Latar Belakang


1.     Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

  • Pembangunan modal insan
  •  Penghasilan pelajar celik minda
  •  Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
  •  Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.



2.     Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:


  • Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

  • Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai



3.     Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.


Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah


  • 1983           -        Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

  • 1993           -        Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

  • 2003           -        KBSR (semakan)

  • 2011           -        Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)








Transformasi Kurikulum

    Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
 

CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)

Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian.  Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

  • ·        Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira
  • ·        Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
  • ·        Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
  • ·        Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
  • ·        Jati diri dan semangat patriotisme
  • ·        Memahami dan menghayati budaya nasional.


 KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH 
  
  •  Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) 
  •   Berasaskan Prinsip KBSR:
-         Pendekatan bersepadu
-         Perkembangan individu secara menyeluruh
-         Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
-         Pendidikan seumur hidup



KEMAHIRAN NILAI TAMBAH  /

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)


  • Kreativiti dan inovasi
  • Keusahawanan
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


Pentaksiran P&P

  • Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran
  • Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai
  • Bersifat autentik dan holistik

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan